Kelas Kusahawanan Membuat Cupcakes bersama YenYen
14 April 2019 | Aktiviti TerkiniKelas Keusahawanan Membuat Cupcakes bersama YenYen ini telah diadakan pada hari Sabtu, 13 April 2019. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi idea kepada peserta tentang produk yang boleh diusahakan untuk menambah pendapatan iaitu cupcakes ataupun kek cawan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menarik minat peserta untuk menjana pendapatan secara atas talian.
Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada produk ‘instant premix cupcakes’. Selain itu, mereka juga diberi tunjuk ajar cara mudah menghasilkan kek cawan menggunakan bahan-bahan ‘instant premix cupcakes’ yang disediakan oleh YenYen. Mereka telah mempelajari kaedah mengadun, membakar dan mengukus bahan ‘instant premix cupcakes’ tersebut. Di samping itu, para peserta turut diajar untuk membuat topping dan menghias cupcakes yang dihasilkan oleh mereka sendiri.
Melalui kelas ini, para peserta diharap akan menjadi lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.
Kelas keusahawanan yang berlangsung di Pusat Internet Serasot selama 3 jam bermula pukul 9.00 pagi ini telah dihadiri oleh seramai 27 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: